Monday, February 24, 2014

Sabhi Saddi - Cinta Sesungguhnya (Guitar chord)

Intro
Dm  C  F  G

C                       F
Ku adalah manusia
                            Em  
Yang paling beruntung
       Am         Dm-G
Memiliki kamu

C                  F   Dm
Kau tiada habisnya
                G    Em      Am      Dm-G
Menyayangi aku sepenuh hatimu
      F               B   Em
Cinta yang luar biasa
       A    Dm             Bb     G
Ku serahkan pada dirimu...


                 C                F
Kaulah cinta sesungguhnya
           Dm                        G
Sekuat hati ku akan menjagamu
              C            F
Demi cinta seutuhnya
Em        Dm                  Em
Ku kan berjanji seumur hidupku
             F
Takkan lelah mendampingimu


C         Am       Dm
Kau tiada habisnya
           G        C         Am      Dm - G
Menyayangi aku sepenuh hatimu
      F               B   Em
Cinta yang luar biasa
       A    Dm             Bb    G
Ku serahkan pada dirimu...

                C                 F
Kaulah cinta sesungguhnya
            Dm                      G
Sekuat hati ku akan menjagamu
             C  G-C  F
Demi cinta seutuhnya
Em        Dm                  Em
Ku kan berjanji seumur hidupku
             F                  G     C   A~
Takkan lelah mendampingimu

                D A G    Bm  G
Kaulah cinta sesungguhnya
           Em                        A  Am
Sekuat hati ku akan menjagamu


                D A G    Bm  G
Kaulah cinta sesungguhnya
           Em                        A  Am
Sekuat hati ku akan menjagamu
              D          G
Demi cinta seutuhnya
F#m Em 
Ku kan berjanji
                A  Am              D
Takkan lelah mendampingimu
F#m    Bm
Hooo~ Hooo~

D    Em               F#m
Ku kan berjanji seumur hidupku
G                              Am-G     D-Em-A-D
Takkan lelah mendampingimu


Tuesday, December 31, 2013

2013

2013


2014???

Hope~ there will be more GREAT moments in 2014

Monday, June 18, 2012

Quality vs Quantity



Why Allah S.W.T didnt make ALL people become muslims?

Why Allah S.W.T didnt save muslims that astray?

YES, He can do those thing..

But...

He dont want like that..

Of course He want to look for those who love him more..

Whose really keep on the right path until the end..

Allah S.W.T is searching for QUALITY ...




Saturday, June 16, 2012

Isra' Mikraj

Aku hanya manusia biasa..
Ada turun dan naik..
Siapa lah aku jika nk dibanding2 kan...
Segalanya dari mu akan ku ikut semampu mungkin..
Jika tidak, maafkan aku..
Jasa mu tiada tolok bandingnya..
Tak akan ku sia2 kan pengorbananmu..
Solat tiang agama..
Isra' Mikraj dalam ingatan.... :)

Tuesday, May 15, 2012

Dont GO

 Josh KUrma.........
Dont go...



Dont go.. Josh Kumra (Aznizam and Fadhirul cover)
For my mom. ....

Sungguh kau bernama ibu..
Kaulah yang bernama teman..
Kaulah penyeri hidupku...

Tiada kata atau pujian
Yang bisa ku ungkap padamu
Semoga kita berbahagia sentiasa..
Satu keluarga..
Bonda ku cinta....

:)


Friday, February 10, 2012

Setelah apa yg engkau buat kpd mak aku...

Maaf...



aku tak boleh terima..

Thursday, December 8, 2011

Kisah Kedangkalan ilmu dlm Solat

Kisah 1:

Dalam satu solat jemaah, kelihatan seorang lelaki yang tergesa-gesa masuk ke dalam masjid. Tatkala itu imam dan jemaah yang lain sedang bersolat. Oleh itu, lelaki itu agak tergesa-gesa agar sempat mendapat rakaat bersama imam. Lagak pakaiannya dengan berjubah 'ala tabligh', berjanggut lebat, seolahnya nampak seperti seorang yang bukan 'calang-calang' dari sudut ibadatnya dan ilmunya. Lalu sampai saja pada saf ... imam pun 'Allahu akbar' dan rukuk.

Dalam keadaan kelam-kabut, lelaki itu pun terus mengangkat tangan bertakbiratul ihram... Allahu Akbar. Baru saja lelaki itu nak rukuk, tiba-tiba imam pun iktidal... sami`allahu liman hamidah'. Tanpa berlengah lagi, lelaki itu pun rukuk dan terus iktidal untuk mengejar imam. Dalam hatinya berkata "Nasib baik sempat". Pada rakaat terakhir apabila imam memberi salam, lelaki itu pun turut serta memberi salam.

Pada sangkaannya solatnya selesai dah sah. Tapi malangnya akibat kedangkalan ilmu, dia masih tak tahu membezakan solat sah atau tidak. Sedangkan sebagai makmum masbuk dia perlu rukuk dan tomakninah dalam ruku bersama imam barulah dapat rakaat. Tapi oleh kerana tiada ilmu, maka begitulah jadinya.... Pakaian tidak melambangkan ilmu seseorang... walau pakai jubah, tetapi kalau tidak menuntut ilmu... ia tetap berada dalam kejahilan.


Kisah 2:

Seorang yang kelihatan sudah berusia emas berjalan perlahan-lahan menuju ke masjid. Satu persatu anak tangga masjid dilangkahi dengan penuh kepayahan. Kadang-kala kelihatan dia berhenti sebentar pada anak tangga masjid untuk menarik nafas dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan menaiki tangga masjid. Bukanlah tinggi sangat tangga masjid tu, tapi dek kerana kesihatan yang kurang memuaskan, ditambah diri yang semakin dimamah usia, menyebabkan agar sukar untuknya menapak laju ketika menaiki tangga masjid.

Tapi kesabaran dan keazaman yang tinggi membuatkan dia tidak peduli akan segala kesusahan dan kepayahan itu. Akhirnya dia berjaya masuk ke dewan masjid.... dan berdiri dalam saf. Matanya meliar mencari sesuatu.... Ya... dia sudah jumpa, kerusi kecil yang ditinggalkannya di masjid itu sudah dijumpai. Dia memang meletakkan kerusi di tepi dinding masjid yang digunakannya untuk menunaikan solat. Kakinya yang sakit dan lutut yang tidak boleh dibengkokkan menyebabkan beliau tidak boleh sujud macam orang lain. Dia hanya boleh sujud sambil duduk atas kerusi. Seketika imam pun bertakbiratul ihram... Allahu Akbar.

Lantas orang tua ini pun duduk atas kerusi di hujung saf dan memperbetulkan sedikit ikatan kain pelikatnya... dan dia pun .... Allahu Akbar... bertakbir dengan berniat mengikut imam. Malang sungguh orang tua ini kerana walau usia sudah senja tapi masih tidak tahu hukum hakam tentang solat. Akibatnya, solatnya tidak sah. Ini kerana sepatutnya dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri, selepas tu kalau dah tak larat baru duduk. Bukannya terus duduk dalam keadaan yang memang dia mampu berdiri

Paling PENTING dlm hidup!!!

Pada zaman ini terdapat ramai umat Islam yang tidak mengambil endah dan tidak memberi perhatian terhadap ibadah solat, sedangkan solat merupakan suatu ibadat yang terpenting dan disepakati oleh seluruh ulama bahawa selepas iman, solat merupakan amalan yang lebih afdal daripada seluruh ibadat-ibadat fardhu yang lain. Solat juga merupakan amalan yang pertama sekali akan disoal pada hari kiamat.

Justeru, ajaran agama yang paling penting untuk dipelajari dan diajarkan kepada orang lain ialah solat. Hal itu antara lain pernah ditegaskan oleh junjungan kita, Nabi Muhammad saw dalam sebuah hadis sahih, “Aku didatangi Jibril a.s pada awal-awal turunnya wahyu kepada ku. Ia mengajarku wuduk dan solat.” (hadis Hasan riwayat al-Hakim, al-Baihaqi dan Ahmad).

Ajaran Islam meletakkan solat itu sebagai tiang agama. Ini bermakna jika tiang tidak didirikan, maka seolah-olah telah meruntuhkan agama. Oleh itu, sekiranya banyak amalan lain yang dilakukan tetapi tetap tidak mengerjakan solat maka ia umpama mendirikan rumah dengan bumbung, dinding dan sebagainya tetapi tidak didirikan tiang pada rumah tersebut. Natijahnya, rumah itu akan roboh. Sehubungan dengan itu sesiapa yang mendirikan solat, maka ia mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka ia meruntuhkan agama!.

            Solat merupakan perkara asas dalam Islam, ia ibarat tiang bagi agama, dan ia juga merupakan anak kunci untuk memperoleh syurga AllahIa merupakan rukun kedua daripada rukun-rukun Islam yang lima. Ini jelas sebagaimana diriwayatkan oleh Rasullah s.a.w dalam satu hadisnya yang bermaksud: "Agama Islam itu terbina di atas lima asas, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan ibadah haji bagi orang-orang yang mempunyai kemampuan". (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Justeru, perkara pertama yang akan dihitung di akhirat ialah solat. Solat mempunyai kedudukan yang amat tinggi di dalam Islam. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya ‘al-Ibadah fi al-Islam’, antara tanda yang menunjukkan kedudukan solat itu tinggi ialah ia telah difardhukan di langit berbeza dengan ibadah-ibadah lain yang difardhukan di bumi.  Rasulullah saw telah dijemput oleh Allah untuk menerima kefardhuan solat dalam peristiwa Isra’ Mi’raj. Sehubungan dengan itu, para ulama’ menyatakan bahawa meninggalkan solat boleh membawa kepada kufur sekiranya engkar terhadap kefardhuan solat. Akan tetapi sekiranya meninggalkan solat kerana malas, maka seseorang itu menjadi fasik.

Solat umpama sebuah rumah yang pasti roboh tanpa tiang. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya (sempadan) antara seseorang dengan syirik dan kekufuran ialah meninggalkan solat.” Solat bukan hanya lambang ‘ubudiyyah (perhambaan) seorang manusia terhadap Penciptanya, malah falsafahnya amat luas seluas kebaikan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t terhadap orang yang mengambil berat terhadap ibadat besar ini.

            Atas dasar itulah, maka setiap orang yang baru memeluk Islam atau bagi Muslim yang sudah akil baligh wajib menunaikan solat. Mereka hendaklah mengetahui ajaran solat sebagaimana yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw yang juga diikuti oleh para sahabat baginda. Rasulullah saw berpesan, “Tunaikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat.”(hadis riwayat al-Bukhari)

            Allah s.w.t mencipta dan memberi peluang kita hidup di dunia ini.  Allah s.w.t juga memilih kita menjadi manusia iaitu makhluknya yang paling sempurna. Bayangkan jika kita dilahirkan sebagai haiwan! Sebagai tanda tunduk dan bersyukur kepada Allah s.w.t, kita hendaklah menunaikan segala perintah-Nya. Antaranya ialah solat lima kali sehari semalam. Muslim yang mengerjakan ibadat solat adalah seorang hamba Allah s.w.t yang baik dan soleh. Sebaliknya mereka yang enggan solat bermakna mengingkari perintah Allah s.w.t yang menjadikan mereka. Sudah tentu sikap mereka itu biadab dan tidak wajar

Monday, August 22, 2011

Friday, August 19, 2011

19 ramadhan

Alhamdulillah..
dah 19 harii...

: )

selama 19 hari ni..
cukup puasa?
cukup ibadah?(dgn ikhlas)

masyaAllah apa yg aku telah buat slama nih!..


masih sempatkah aku?



skarang...
hnya tgal 10 mlm saja lg!!


kejarlah..jgn sia2 kan 10 mlm terakhir ini..
ketepikan hal duniawi.
carilah keredhaan Nya..
insyaAllah..




Tuesday, August 16, 2011

16 Ramadhan

kliiip porrk.
.klip porrk..

da stngah bulan posa..

nk raya da woih!!!..haha 
 raya..jum layan lagu ni..




Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan

Alhamdulillah...
bulan Ramadhan sudah pun tiba...
moga2 ramadhan kali ni membawa makna kpd kita...
marilah kita menghayati Ramadhan sebaik-baiknya..
jgn sia2 kan pluang ini...
ingatlah..mungkin ini ramadhan terakhir bg kita..
insyaAllah.. 
mari bersama2 kita cuba usahakan..

1) tingkatkan ibadah dan ikhlas..
2) berpuasa mkn mnum dan menjaga perbuatan,lisan dan hati dr maksiat..

aminn... : )


dah 3 hari berpuasa..
tapi hari ini best!!...abah balik..dpt berbuka 1 family..
 dan...



aku g ziarah anak sdara aku..
comel la woih!! geram aku..

nama dia Ayesha Humaira..
pompuan tu..pewwit..haha (baby pun nak..desperate gila)
 cucu sulung abah..tu yang aku excited nih..haha
namun begitu..aku trasa toa la plak..coeh..

nk tgk gamba x?? jum..layannn



Muslimah kecik konet..alolo..cubit maw??




Posing sakan dia...haha

Monday, June 20, 2011

Isra Mi'raj

27 REjAB

suatu peristiwa yg pnting bg umat ISlam...
pd mlm tersebut,
junjungan besar Nabi MUhammad S.A.W telah diperjalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis..
sblum dbawa naik ke Sidratul Muntaha....

peristiwa ini mrupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T kpd hambaNya..
kerana hanya Allah yg mampu mlakukan sgala galanya yg tidak mampu dilakukan oleh manusia..
iaitu berjalan dari Makkah ke Baitul Maqdis dlm satu malam saja...

Beriman kpd kpd al-Quran adalah wajib..
oleh itu, jikatidak mempercayai peristiwa ini seumpamatidak beriman kpd al-Quran dan perkara2 ghaib yg trdapat dlm al-Quran....


Thursday, June 9, 2011

hari yg agak best...: )

sudah  brapa ari aku jln2 mrata aloq stuck..
nk cari sponsor punya pasai..
untuk Pertandingan Pancaragam skola rendah 25 hb ni..
uish..pening+penat..aduih..
akhirnya..harini aku dpt gak RM300..
alhamdulillah..
walaupun byk yg dtolak..hehe..tp xpa.aku puas ati.. : )
then..ada bnda lain g yg best aku dpt buat....
yg lama aku x buat...wuahaha..

pertama...
makan kek cokelat mak Khalis buat...hehe

kedua...
dpt main Euphonium..
kus play eupho~~~~
ketiga
main pingpong...(pecah masuk sekolah punya..haha)


sabtu nih aku g malaka...woah..
syok tapi x syok...
aduh keja  lagi..
aish.. 
wat2 syok ja la drpd duk umah saja2..hehe